Friday, April 13, 2007

Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datangdalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.:"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum iamerasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akandapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allahyang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati pendudukbumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau denganhak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalamAl-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakarorang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itusangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuhpintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan."Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarakperjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kaliganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, danorang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu keduatempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orangshobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnyadari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah." "Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai matibelum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketikamendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi sawbersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudiannabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyangselalumenangis dan minta kepada Allah.Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautanracun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.> > Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :> >> > Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami > > turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah> > Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka> > itu> > dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari > > Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah> > pesanku biarpun satu ayat".> >> > Kalau kail panjang sejengkal,> > Lautan dalam jangan di duga,> > Kalau ikhtiar dakwah tidak mengekal,> > Jangan bermimpi Islam di puja "

No comments: