Friday, April 20, 2007

Cinta kepada Allah SWT


Kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah. Jika kita sentiasa patuh akan perintah-Nya pada waktu kita senang, Allah akan menolong kita pada waktu susah. Firman Allah yang bermaksud"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberinya jalan keluar (ketika menghadapi musibah), memberikannya rezeki tanpa disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, ia akan dapat (kebaikan), sesungguhnya Allah itu menyampaikan hajat. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas semua perkara" Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Jikapun kita rasa kita hidup susah di dunia, itu bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita bahkan Allah telah menyediakan untuk kita sesuatu yang amat istimewa di akhirat nanti. Beramallah dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan. Malah seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiyah pernah berdoa kepada Allah "Ya Allah, aku beribadah kepada-Mu semata-mata kerana aku cinta pada-Mu. Jika aku beribadah kepada-Mu kerana mengharapkan syurga-Mu, jauhkanlah aku daripada syurga-Mu. Dan jika aku beribadah kerana takutkan neraka-Mu, humbankanlah aku ke dalam neraka-Mu" Pilihlah jalan hidup yang benar dan lurus. Surah Assyamsu ayat 8-10 yang bermaksud:"Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baiknya), Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya) dan, merugilah orang yang mengotorkannya."Kita sebagai orang Islam mestilah sentiasa berusaha berbuat baik. Firman Allah dalam surah Ali Imran;139 yang bermaksud; "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati; pada hal kamulah yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman".JADIKAN ALLAH SAHABAT TERBAIK,Siapakah sahabat paling setia dalam hidup anda? Suami? Isteri? Anak atau bapa atau sahabat atau sesiapa sahaja yang paling anda sayang dan cintai.Mungkin kasih dan cinta anda tidak berbelah bahagi, tapi terjaminkah ia kekal abadi? Mungkin sahabat yang paling akrab bertukar menjadi musuh atas sebab-sebab tertentu. Atau mungkin cinta yang anda rasa suci itu tidak diberkati Allah. Jadi siapakah yang akan menemani hidup kita hingga ke akhirat nanti?Kadang-kadang kita lupa, kita ada 'sahabat 'yang sentiasa menemani kita semenjak pada detik-detik manapun kehidupan kita. Sentiasa ada pada waktu kita susah atau waktu kita senang, waktu kita bersendiri atau berkelompok, waktu kita ketawa atau menangis. Namun, dek lemahnya iman kita, kita berasa cemas dan keluh kesah kerana merasakan tidak ada orang yang pedulikan kita.Allah berfirman " Jika seseorang mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika Dia mendekatiku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari" Riwayat Bukhari dari Anas dan Abu Hurairah. Nah, lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita, bahkan kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu terhadap bayinya yang sedang menyusu. Jika kita ingin menjadikan Allah sebagai sahabat, samakah ia dengan sahabat manusia yang lain? Tentu tidak! Kita hendaklah beradab dan bersopan terhadap Allah sama ada zahir dan batin. Bersopan secara zahir ialah menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Sementara bersopan secara batin ialah kita hendaklah mengikhlaskan diri terhadap-Nya dan malu apabila sengaja atau tidak sengaja melanggar larangan-Nya.Kita seringkali merasa malu jika berbuat salah di hadapan kawan tapi sebaliknya jika di belakang mereka. Jika kita menjadikan Allah sebagai sahabat, kita akan berasa Allah sentiasa memantau perlakuan kita.Teman yang baik ialah yang dapat membimbing kita kearah kebaikan dan keselamatan. Yang maha mengetahui segala kekuatan dan kelemahan kita. Yang tidak mengharapkan apa-apa balasan bahkan Dialah yang memberi ganjaran yang tidak kita sangka-sangka. Berbeda betul dengan makhluk yang kita jadikan sahabat; yang selalunya mengharapkan manfaat daripada ikatan persahabatan Dan sahabat mahkluk kita sangat banyak kelemahan, mana mungkin mereka menolong kita bila-bila masa kita menghadapi kesulitan.Ingatlah sahabat kita yang sangat istimewa ini; yang tidak mengharapkan balasan, bahkan Dialah yang menolong kita semasa kita susah dan memberi ganjaran atas keikhlasan persahabatan kita.Allah telah berfirman "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka" At Taubah 111. Dalam ayat berikutnya, Allah telah menetapkan ciri-ciri hamba-Nya yang terpilih; " Mereka itu ialah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan yang menyuruh berbuat baik dan yang melarang berbuat kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian) At Taubah 112.br> Sungguhlah bertuahlah sesiapa yang dipilih oleh Allah untuk membuka hati kita menjadikan Allah sebagai sahabat terbaik kita dunia dan akhirat. Jadi, bagaimanakah kita hendak mengetahui Allah menerima persahabatan kita? Abu Darda' r.a. berkata bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman: 'Aku ada bersama hamba-Ku ketika dia mengingati-Ku dan bergerak kedua bibirnya (untuk mengingati-Ku)' Riwayat Abu Daud."Ketahuilah, dengan mengingati Allah akan tenteramlah fikiran kita" Ar Ra'd 28 MUTIARARasulullah s.a.w bersabda: 'Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, maka Allah suka menerimanya dan sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka menerimanya"Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang paling tercinta kapmu kepada-Ku dan yang paling tempat duduk dengan-Ku pada hari kiamat, ialah yang terbagus akhlak daripada kamu" (HR Ath Thabrani dari Yabir)Ahli tasawwuf berkata: "Orang yang berputus asa tidak berusaha, sementara orang yang ujub meresakan dirinya telah cukup beramal""Orang yang bijaksana ialah mereka yang merendahkan dirinya dan beramal sebagai persiapan hidup setelah mati"Sebahagian ulama berkata: "Barangsiapa mengikuti nafsu syahwatnya dan kemarahannya, niscaya dua hal itu menghalaunya kepada api neraka"

No comments: